Monday, November 5, 2012

maybe . . .

Semua orang punyai kesukaran masing2....ada yang mudah...ada yang perit...dan mencabar...namun mereka tidak mengisytiharkan perasaan itu....

Maybe . . . 

Tapi kali ini aku ingin mengisytiharkan akan perasaan hatiku .... yang lama terpendam ... yang lama sudah terbuku di dalam ini....

Sahabat
Dimanakah wahai sahabat?Adakah aku punya sahabat??itu persoalannya .... mengapakah Tuhan seringkali 'merampas' sahabatku ..... aku cukup elok bersamanya dan juga sebaliknya ... mengapa??aku perlukan sahabat walau seorang..jadilah!aku tak minta ramai untuk menjadi sahabatku .... cukuplah seorang sahaja ... Jika tidak .. aku kesunyian ... seperti masa ini ....

Boss
Apa guna menjadi bos sekiranya 'tidak berguna'??orang bawahan tidak mahu mendengar akan arahan kamu wahai bos ..... kadangkala terfikir jua .... adakah aku layak menjadi seorang bos??adakah aku akan menjadi bos selamanya??...aku tidak meminta .... itu bukanlah pandanganku mahupun urusan ku .... mahu saja aku jadi kuli batak!!yang sememangnya ada arahan dan planning kerja seterusnya ... tak perlu untuk memikirkan kesemua nya...!

Kerja
Mengapakah senua orang seakan-akan mengeji kerja aku? aku sering di cop sebagai 'tiada kerja'....hanya datang dan balik bila tiba waktunya .... wahai kalian, janganlah mempertikai kerja seseorang itu melainkan kau tahu apa yang dilakukannya...perlukah tiap kali sebelum aku memulakan tugasan pada hari tersebut, aku perlu memaklumkan kepada kalian ... apa yang telah aku lakukan pada hari ini?? agak kejam bagi diriku diperlakukan sepeti itu .... kalian oh kalian ... yang hanya tahu mencari akan kesalahan orang lain dan membodek boss ..... arahan tugasan tidak semestinya datangnya daripada mulut kalian .... ianya datang dari pelbagai sudut dan pihak dan manusia .... jangan menyelak kain orang kalau kain sendiri sudah terkoyak ... (ada ke peribahasa ni)

Kehidupan
Aku sudah menjadi isteri ... ibu kepada seorang anak lelaki .... namun kadangkala terasa hidup ini kosong ....  menjalani rutin yang sama ... melakukan aktiviti yang sama saban hari ... nak lagi sehabisnya bekerja ... sampai masanya aku penat lalu masuk tidur ,...itulah yang dilakukan ....

Diri Sendiri
Sudah lama rasanya tidak berkesempatan membelai...memanjakan diri sendiri ... dahulunya punya masa untuk membelek setiap inci tubuh .... sekarang tidak lagi ... kesemuanya diberikan kepada 'Family' .... lalu aku menjadilah sebegini ....

Hala Tuju
Setelah memikirkan kesemua perkara di atas, halatuju tidak dapat ku lihat .. samar-samar .... entah kemana aku hendak pergi ??apakah yang bakal terjadi pada diriku ... anakku .. suamiku ... keluarga ku ...??

Mungkin aku punya silap nya .... moga Tuhan merahmati ku .... moga Tuhan memakbulkan doa-doa ku ..

No comments:

Post a Comment