Tuesday, January 1, 2013

Surat buat Abang...

Abang,

Di saat ini, di dalam hati penuh berkecamuk.Perasaan bercampur-baur.Walau suka duka hati tetap mahu menangis dan berkata.Sayang tidak dapat menerima hakikat ini.Mungkin orang lain boleh terima seadanya.Abang carilah seorang yang 'hebat' di ranjang,dapat melayan Abang lebih dari Sayang.Carilah seorang yang sesempurna di mata Abang yang tiada cacat celanya yang mana lebih sempurna daripada Sayang.Abang carilah seorang yang boleh mengikut segala kehendak dan arahan Abang dan mendengar segala keluhan Abang.Carilah seorang yang bila dimarahi Abang akan diam membisu dan tidak melawan kata-kata Abang.Carilah seorang yang sabar dan setia dengan segala kerenah Abang.Carilah seorang yang tidak melawan kata yang dihamburkan oleh mertua dan adik-beradiknya.Carilah seorang yang sanggup mengenepikan segala perasaan dan maruahnya demi orang lain.Abang carilah kebahagiaan melaluinya.Sayang masih disini.Mungkin Irfan peneman buat selamanya.

No comments:

Post a Comment