Tuesday, November 4, 2014

mama oh mama


mama oh mama tajuk dia.
mama itu adalah aku.siapa lagi.
mama sangat kuat dan tabah.
mama itu sudah gemok tidak cantik seperti dahulu.
mama cakap tak mengapa.
mama redha walaupun tak seberapa.
banyak perkara mama terpaksa tinggalkan di belakang.
banyak perkara mama terpaksa letak di hadapan.
banyak barang mama tak dapat miliki dan pakai.
mama kadang sedih.
mama tak macam dulu lagi.
mama tahu ini semua demi anak anak mama.
mama tinggalkan yang lama tapi tuhan gantikan yang baru.
tuhan gantikan dengan anak mama.
mama tak dapat pergi sana sini bersuka ria tapi mama dapat bergembira bersama anak mama.
mama cukup berpuas hati.
mama kena buat banyak kerja.
mama tak boleh duduk diam.
mama let go perkara temeh.
mama ambil perkara serius dan penting sahaja.
sehingga mama terpaksa lupakan emosi mama.
sehingga mama terpaksa lupakan bagaimana rasa penat, sedih, sakit dan gembira.
mama nak semua bahagia.
Mama Mama Mama.
dimana mama.
mama disini Sayang.

No comments:

Post a Comment