Wednesday, August 26, 2009

new car+new month

New Car..yay!!kete aku dah sampai!mulanya ayah yang bawa kemudian aku test drive kat highway pulak.from temerloh to lanchang highway.nervous jugak time tu.then,tiap ari aku drive pergi keje tapi kete tak tinggal kat ofisla.ayah aku bawa balik umah.makin lama,makin seronok jugak bawa kete ni.yela kan,kete sendiri.insya-Allah minggu depan aku dilepaskan untuk drive pergi n balik keje seorang diri.aku pun makin hari makin confident nak drive keseorangan.
New Month..tup..tup..Ramadhan dah memunculkan dirinya.sekejap saja.tapi dalam suasana yang agak hambar (i guess,i think la).nape?walaupun aku dapat bersahur tiap ari dan berbuka dengan lauk yang sedap-sedap belaka.mungkin dalam keadaan sekarang tiada lagi istilah 'balik kampung dan berbuka bersama keluarga' lagi.kerana..aku disini.ya.tetap disini.tidak kemana-mana.

Friday, August 21, 2009

selamat hari lahir 23..

to me,myself and i..
happy birthday..
i hope our relationship will remain and stick together forever.
i hope my life will full of happiness.
i hope i can be a good leader@boss.

aduh kena perli-hate that!

pada Jumaat yang tenang dan mulia,sesuatu telah berlaku.sedang asyik berbual bicara sambil menyiapkan tugasan,hati jantung aku tersentak.kedengaran suara yang amat asing sekali walhal selalu ketemu.

'apela budak nih!tengok ape dier pakai!orang ari jumaat pakai baju kurung...'

memang aku tak nafikan aku memakai 'bukan baju kurung'.akan tetapi aku masih berpakaian sopan.ya.aku mengenakan skirt labuh bersama kemeja labuh.tersentak hatiku seketika.perasaanku melayang-layang.apa tidaknya,semua orang disitu memandangku dengan sinis dan seolah-olah aku berada di dalam kandang pesalah dan mereka semua adalah hakim yang memakai rambut palsu berbulu putih kambing itu.dengan langkah perlahan,aku meninggalkan tempat itu dengan hati sayu..

seminggu kemudian,di petang jumaat juga setelah peristiwa itu berlaku.pada mulanya hatiku amat baik apabila menegur 'officemate' aku yang bajunya tersangkut di seluarnya.dan menampakkan susuk 'punggung' nya.lalu dia membalas katanya 'saya tak apa,saya tak ada punggung'.kemudian,tak semena-mena dia mengaitkan 'punggung' aku.ya.aku akui bahagian badanku itu memang besar.terus dia bercerita mengenai salah laku aku mengenakan pakaian.aku dikatakan berpakaian ketat,sendat,seksi,dan sebagainya.semua serba tak kena padanya.apa lagi,aku diam membisu.badanku membatu disitu.aku jadi serba salah.perasaan minggu lalu datang menjengah hatiku lagi.sayu..

salahkah aku?
aku rasakan diri ini amat hina di mata mereka!
aku rasakan diri ini menjadi tontonan mata mereka!
aku sedih diperkatakan sebegitu!
kenapa aku?

Sunday, August 2, 2009

Myvi Ezi-Medallion Grey

masa berlalu begitu pantas.dalam diam-diam aku akan memiliki sebuah kereta.ya!kereta myvi.memang sudah lama aku mengimpikan sebuah kereta kepunyaan aku sendiri dan dipandu olehku sendiri.masanya akan tiba.kemungkinan besar before puasa,22 ogos kereta sampai.wah!tak sabar rasanya.aku amat perlukan kereta untuk bergerak,yang penting sekali untuk aku pergi dan pulang kerja.dahulu semasa aku bekerja di kl,aku memang tak kisah walaupun takde transport tapi sekarang dah lain.sejak aku kerja disini,aku amat memerlukan sebuah kenderaan.selepas ini,apa pulak ya.impian aku seterusnya ialah...ssshhhh..rahsia..kelak akan ku ceritakan..