Wednesday, August 24, 2011

k-drama

dh lama rasanya tak layan K-drama nih.. disebabkan oleh abang ada dwld citer ni so, aku pun apalagi... layan lah selayan-layan nya...haha.. insyaAlllah anak aku putih sok ! eh !! ape2 jela.. ahaha..
////////////////////*******//////////////////*******///////////////////***********

hish...kalau layan cite korea memg non-stop la wa ckp sama lu ... siap touching lagi ... hehe.. aku suka so nk wat camna kan... feberet weh!!pastu mula la perasan di awang-awangan...kalau lah ...ada lelaki mcm hero dlm cite tu ...wah !! syok abes lah .... romantik , kacak , caring , even menjengkelkan tp fun lah .... aku suke tgk sbb komedi romantik .... pastu benda2 yg kite tak terpikir nk wat ... memg lawak la... haahaa...skrg ni tgh layan 'You're Beautiful' ...... sampai berpinar bijik mata tgk skrin ....adeh !! tp nk teruskan gak !! haha....

peknen kah?

ha itulah persoalannya sekarang nih ....

tak pernah period lagi sepanjang pose nih ....

haaa ayook mira !! xtau ..... sape wat ....

we'll wait N see aaaa ..... jeng3 ....

5 days more

sudah 25 hari menyambut ramadhan yg mulia.. tp apa yang telah kamu lakukan sepanjang bulan ni? tanyalah pada diri sendiri yang tak berapa nk sedar tu...nak wat camner kan..adatlah manusia.. nak lagi sekarang ni sibuk pasal umah sewa tu.. kena beli itulah, inilah.. so, mcm biasa la masing2 topup.. takpela.. nasib baik aku ni isteri berkerjaya..cewah!!

nak cite ni pasal perbelanjaan smbut raya :

:mula2 nak beli baju raya last min, kot2 ade org tu nk sponsor takpun sebagai present bday aku kan... tp batang hidung pun tak menampakkan semua itu... so, nak tak nak kenala beli sendiri huhu...kat situ habes rm125.00

:cari pulak kueh raya.. mcm biasela nk bawak balik umah no28..sian kt mama nati..dahla time raya umah tak dpt @ sempat dibersihkan..ala, mcm dolu2 kan..siap bahagikan tugas lagi tau ... slalunya aku kena cuci tingkap la... smpai berdarah tangan, adeh! habes rm65.00

:then, terasa nk perbaharui tudung2 plak... tgk punye tgk..belek punye belek..akhirnya terbeli jugak...tp tak menyesal la sbbnye tudung2 lama sumer dah nk hancur aku pakai, lagipun memg dah lama sgt tak membeli tudung nie..td habes rm80.00

erm, belum lagi beli barang2 umah tu...huhu..kira banyak gakla habesan nyaa....manusia manusia..duit duit..memg tak bole nk jauhkan!

itulah kehidupan nama nya!! u pay for it or else ??


Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan 23~

Fuhh!! Finally ..

Hampir kepada Aidilfitri wehh .. mcm bebudakla ... hehe ..lantakla

21 aug yg lalu ialah Hari Lahir ke-25 ku... abg bukanlah org pertama yang 'wish' kt aku... present pun takde ....huhu...

Tadi aku g shoping raya ngan sape lagi kalau bukan c Yana.. beli baju raya aka jubah taw.. kueh raya nk bawak balik umah no28 ... and sedikit utk umah baru kami at kerdau nu..

then, aku berfikir sejenak ... beginikah cara hidup aku utk selamanya ??

Birthday - takde present from somi ... itupun dier ingat2 lupe je tarikh tu ...
Raya - somi tak support ....

Agak sedey kan ??? huhuhuuuu .....

Sedey gakla ......

Monday, August 15, 2011

Rent House

Taman Paya Taram, Kerdau RM250 Semi-D corner Lot okeh!! Chilll !!!

Ohh Finally ..........

tak sabar nak beli barang2 rumah ........

Tuesday, August 9, 2011

aku taknak cari gado

Ramadhan 10-dihari yang mulia ini.. raye belum lagila.. ni time pose lagik! ... aku taknak cari pasal ngan org2 kat luar sane nu... macam biasela aku suke buat kajian aku sendiri.... bahan bukti telah cukup.. ujikaji pun telah dijalankan... so inilah inferens nya :

Abah --> jarang balik, ok macam dulu ....
Mama --> ada sokmo kt umah nu, kdg2 ok kdg2 k.o kdg2 dingin ckit .... x mcm dulu ....
Along --> jarang balik tp ... sekali balik mcm2 citer yg kuar... x mcm dulu ....
Abang --> ada sokmo kt umah, still lagi ok mcm dulu .....
Ina --> jarang balik, ok macam dulu ......
Yah --> selalu balik tp ... kelihatan dingin ckit ... x mcm dulu .....

Kesimpulan nya : Banyak perbezaan dan perkara yang x macam dulu .... Kurang Best lah !!


wawii

ingin daku beritahukan, tadi pergila ke kwsp yang mana memang kepingin sangat nak pegi situ untuk mendapatkan penyata... so, amik number terus dipanggil... kaunter 3... cakap kat pegawai tu "tolong print penyata 2007 onwards"... then,keluarlah akan segala isi kandungannya.. pastu "encik, tolong kira kesemuanya"... anggaran rm14,000... waWiiiiiiiii !!! den kayo !!! kayo jap jer hehe ....tau dah!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1st thing nak langsaikan hutang papa yang teramat lama tertunggak .....
2nd kalau bole nak le simpan 10k dalam ASB buat pelaburan ckit lorh ......
3rd apalagi ... ptpn laaaa ..... uhuhuhu ..... entah bile sudahnya !
4th ShoppiNgggggggg .... haha.. i Loike this bebeh !

so, tunggu kedatangan March 2012 .......

Monday, August 8, 2011

cuti on Wednesday

Ramadhan 3-actually Abg ade exam arini kt SK Panglima Perang, Kuantan tapi aku still nk folow gak... saje je.. sambil2 tu bole g jenjalan...rase dah lame sangat tak p kuar kan.. then, sempatla tgk 2 muvie..Wu Xia n c Harry lah!! of cos la sbbnye aku dah tertengok part 1 punyer... so nak tak nak kenala sambung... nk tahu ape finale nya kann.. so far okeyla.. tak ramai orang dlm panggung... 3 or 4 org je including kami... then, kami berbuka kt tmpt biasela... Johnny's Restaurant.. sebenarnya teringin nk bukak pose kt luar... sbb dah jemu ngan johnny... tp takut jem pulak kat luar.. kang berbuka dalam kete la jawabnya... takpela... janji dapat g jalan2... LaLaLaLaLa....

Tuesday, August 2, 2011

surat utk Mama Papa..

Assalamualaikum Mama Papa,

Tidak pernah anakmu ini mencoret sesuatu buat kalian berdua. Itu sudah pasti kerana anakmu ini sukar untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya. Jauh disudut hati anakmu ini untuk bercerita segala isi duniawi yang telah anakmu ini lalui. Ini cerita tentang kehidupan, kebahagiaan, sukaduka dan pengalaman yang ditempuhi anakmu ini. Setelah anakmu ini tamat pengajian di universiti, lalu anakmu ini melangkah ke alam yang baru iaitu alam pekerjaan. Di alam ini pelbagai pengalaman yang telah dikutip dan juga pelbagai kerenah dan spesies manusia ditemui. Pasti kalian tahu bahawa anakmu ini sering sahaja bertukar pekerjaan. Ini disebabkan oleh ketidakserasian terhadap bidang itu. Yang paling lama di Apiit College sebagai administrator, bertanggungjawab terhadap perihal akademik student disitu. Anakmu ini amat meminati kehidupan di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kerana disitulah ada bermacam barangan dan kemudahan yang canggih yang tiada disini. Anakmu ini kadangkala terleka dek kesibukan kota raya itu. Namun, ini semua tidak menggoyahkan iman anakmu ini. Anakmu ini selalu beringat pada pesan kalian berdua iaitu 'jaga diri baik2 ditempat orang'. Kalian berdua juga meletakkan penuh kepercayaan kepada anakmu seorang ini. Mungkin pengalaman abang dan kakakku yang juga berada di kota raya besar ini, maka kalian tidak kekok untuk melepaskan aku mencari sumber pendapatan sendiri di sana. Kalian sebenarnya beruntung kerana memiliki seorang anak yang kenal dan tahu akan asal usulnya walaupun dicampak ke lautan mewah sekalipun. Anakmu ini tidak mengejar kemewahan yang ada di bandar besar itu, akan tetapi hanya memerlukan sedikit kepuasan yang abadi dan punyai rakan tersendiri. Kini, anakmu ini telah pulang ke dakapan kalian bagi meneruskan pencarian rezekinya. Kali ini lain pula kisahnya. Anakmu ini berasa amat dukacita setiba tahunya tercampak disini. Sungguh asing bagi dirinya walaupun disinilah asalnya. Dimanakah mall yang besar, dimanakah western food dan roti yang enak, dimanakah kemudahan yang canggih dulu? Anakmu ini terkedu dan buntu buat seketika. Kemudian, anakmu ini berhadapan dengan perjalanan menuju ke tempat kerja baru. Mahu tak mahu, anakmu ini mengambil keputusan untuk mendapatkan kenderaan. Setelah mempunyai kereta sendiri, anakmu ini mengalami kekangan kewangan sehingga ke hari ini. Ingin sahaja anakmu ini membalas segala jasa dan perit jerih yang telah kalian taburkan kepadanya. Namun, disebabkan oleh kekangan ini, anakmu ini terpaksa berkira2 tentang segala apa yang diperolehinya. Ibarat kais pagi dan petang, hanya cukup2 sahaja. Setelah anakmu ini menamatkan zaman solonya, kekangan ini masih ada. Anakmu ini tidak melupakan kata2 yang telah diucapkan oleh Papa 'kalau sanggup bersusah payah, kahwinlah'. Kata2 itu masih terngiang2 di telinga dan dibenakku. Anakmu ini tidak membuat keputusan secara membabi buta namun inilah yang dikatakan jodoh. Siapalah kita untuk mengetahui apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Lagian, anakmu ini bukanlah semakin hari semakin muda umurnya. Anakmu ini mengerti bahawasanya kalian yakni Mama amatlah berbesar hati dan bahagia sekiranya anaknya dapat mendatangkan hasil lalu diberikan buahnya. Anakmu ini faham benar akan perangai si Mama. Dahulu anakmu ini berkemampuan untuk memberikan hasil pengorbanan kalian berdua. Akan tetapi, kini anakmu tidak beroleh hasil yang boleh diberikan kepada kalian. Anakmu ini berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi sekarang ini. Tatkala anakmu ini berdoa agar dilimpahkan rezeki yang mencurah2 sepertimana yang diperolehi oleh abang dan kakakku, ingin sahaja sebahagiannya itu diberikan kepada kalian untuk menikmatinya. Tunggu sahaja peristiwa itu berlaku kepada anakmu ini. Anakmu ini mengharapkan sejuta doa dan restu kalian bagi memberkati penghidupannya kini. Moga anakmu ini peroleh rezeki dan kebahagiaan bagi meneruskan episod dunia yang akan tiba.

Ikhlas buat kalian ;
-Mira-

kuamati

setelah ku amati sejauh jauhnya perihal duniawi ini.. lalu aku cuba membuat kesimpulan sendiri..iaitu..

Tuhan sememangnya Maha Adil bagi kesemua perkara diatas dunia milik-Nya ini..

Yana : suaminya jauh, jarang sekali bertemu, akan tetapi tiada masalah kewangan, apa yang diminta pasti diberikan oleh suaminya, tiada sebarang halangan, serba serbi boleh dilakukan dan dibeli serta didapatkan.

Aku : suami berada disisi, selalu ketemu, akan tetapi punyai kekangan kewangan, apa yang diminta sukar dipenuhi, banyak halangan, kalau berkehendak dapatkannya sendiri.

aku tak pernah menyesal setelah apa yang terjadi dalam hidupku.. sudah ditakdirkan aku bertemu dengannya.. ku tahu dia bukanlah memiliki kewangan yang setimpal atau jauh tinggi dariku.. malah aku juga menanggung untuknya.. aku tak berkira.. bagiku itu suatu 'pengorbanan' namanya..

walaupun kami hidup serba kekurangan, setiap makan pakai pasti berkira apakah jumlahnya.. namun aku tetap ingin memanjatkan SYUKUR kepada Tuhan.

kerna Dialah Yang Maha Mengetahui Lagi Mengasihani akan hamba-Nya...