Tuesday, August 2, 2011

kuamati

setelah ku amati sejauh jauhnya perihal duniawi ini.. lalu aku cuba membuat kesimpulan sendiri..iaitu..

Tuhan sememangnya Maha Adil bagi kesemua perkara diatas dunia milik-Nya ini..

Yana : suaminya jauh, jarang sekali bertemu, akan tetapi tiada masalah kewangan, apa yang diminta pasti diberikan oleh suaminya, tiada sebarang halangan, serba serbi boleh dilakukan dan dibeli serta didapatkan.

Aku : suami berada disisi, selalu ketemu, akan tetapi punyai kekangan kewangan, apa yang diminta sukar dipenuhi, banyak halangan, kalau berkehendak dapatkannya sendiri.

aku tak pernah menyesal setelah apa yang terjadi dalam hidupku.. sudah ditakdirkan aku bertemu dengannya.. ku tahu dia bukanlah memiliki kewangan yang setimpal atau jauh tinggi dariku.. malah aku juga menanggung untuknya.. aku tak berkira.. bagiku itu suatu 'pengorbanan' namanya..

walaupun kami hidup serba kekurangan, setiap makan pakai pasti berkira apakah jumlahnya.. namun aku tetap ingin memanjatkan SYUKUR kepada Tuhan.

kerna Dialah Yang Maha Mengetahui Lagi Mengasihani akan hamba-Nya...

No comments:

Post a Comment