"Suami perlu berhati-hati dlm berbicara. Dlm berkomunikasi
dgn isteri pilihlah kata-kata yg baik. Sepatah prkataan yg diucap mendatangkan
kebaikan yg byk. Dengan sepatah prkataan juga boleh mengundang padah. Jangan
ada yg makan hati hasil mndengar kata-kata yg dilontarkan. Memang benar suami
ketua keluarga tetapi itu tidak bermakna si suami melakukan apa sahaja
dikehendaki sesuka hati trmasuk memanggil isteri dgn panggilan yg buruk.
Sepatutnya suami perlu lebih beralas dlm berkata-kata sehingga ia boleh menjadi
contoh kpd anak-anak dan mewujudkan suasana harmoni dlm keluarga. Sebagai
pemimpin sebuah keluarga, bapa perlu berkata-kata menggunakan perkataan yg
baik. Gemar menasihati drpd mengherdik. Sopan bertutur drpd menghambur
kata-kata berbaur amarah. Kesannya tiada yg terasa terluka atau dilukai.
Suami perlu menyedari makna isteri dan anak-anak dlm
hidupnya. Semasa bujang suami hidup bersendiri. Semua dilakukan secara
bersendiri, siang sunyi, malam dihimpit sepi. Kini setelah dianugerahkan isteri
dan anak-anak, bukan shj utk dijadikan teman dan penghibur ttp utk dihargai dgn
penuh kasih syg. Menghargai isteri adalah tanda bersyukur kpd Allah."
--->Sumber dipetik dari Majalah Solusi Oktober 2013
No comments:
Post a Comment