Friday, August 21, 2009

aduh kena perli-hate that!

pada Jumaat yang tenang dan mulia,sesuatu telah berlaku.sedang asyik berbual bicara sambil menyiapkan tugasan,hati jantung aku tersentak.kedengaran suara yang amat asing sekali walhal selalu ketemu.

'apela budak nih!tengok ape dier pakai!orang ari jumaat pakai baju kurung...'

memang aku tak nafikan aku memakai 'bukan baju kurung'.akan tetapi aku masih berpakaian sopan.ya.aku mengenakan skirt labuh bersama kemeja labuh.tersentak hatiku seketika.perasaanku melayang-layang.apa tidaknya,semua orang disitu memandangku dengan sinis dan seolah-olah aku berada di dalam kandang pesalah dan mereka semua adalah hakim yang memakai rambut palsu berbulu putih kambing itu.dengan langkah perlahan,aku meninggalkan tempat itu dengan hati sayu..

seminggu kemudian,di petang jumaat juga setelah peristiwa itu berlaku.pada mulanya hatiku amat baik apabila menegur 'officemate' aku yang bajunya tersangkut di seluarnya.dan menampakkan susuk 'punggung' nya.lalu dia membalas katanya 'saya tak apa,saya tak ada punggung'.kemudian,tak semena-mena dia mengaitkan 'punggung' aku.ya.aku akui bahagian badanku itu memang besar.terus dia bercerita mengenai salah laku aku mengenakan pakaian.aku dikatakan berpakaian ketat,sendat,seksi,dan sebagainya.semua serba tak kena padanya.apa lagi,aku diam membisu.badanku membatu disitu.aku jadi serba salah.perasaan minggu lalu datang menjengah hatiku lagi.sayu..

salahkah aku?
aku rasakan diri ini amat hina di mata mereka!
aku rasakan diri ini menjadi tontonan mata mereka!
aku sedih diperkatakan sebegitu!
kenapa aku?

Sunday, August 2, 2009

Myvi Ezi-Medallion Grey

masa berlalu begitu pantas.dalam diam-diam aku akan memiliki sebuah kereta.ya!kereta myvi.memang sudah lama aku mengimpikan sebuah kereta kepunyaan aku sendiri dan dipandu olehku sendiri.masanya akan tiba.kemungkinan besar before puasa,22 ogos kereta sampai.wah!tak sabar rasanya.aku amat perlukan kereta untuk bergerak,yang penting sekali untuk aku pergi dan pulang kerja.dahulu semasa aku bekerja di kl,aku memang tak kisah walaupun takde transport tapi sekarang dah lain.sejak aku kerja disini,aku amat memerlukan sebuah kenderaan.selepas ini,apa pulak ya.impian aku seterusnya ialah...ssshhhh..rahsia..kelak akan ku ceritakan..

Tuesday, July 21, 2009

License P

Alhamdulillah!!
untuk ulangan yang pertama kalinya,aku dah lulus!
memang aku nervous giler..
tangan aku pun dah sejuk,tak mcm first time aritu..
cool je but failed!!
first time aku dapat no:44
second time aku dapat no:66
macam cantik je kan no giliran tu..
mula2,aku malu giler la dgn budak lain..
apa taknya,dorg sumer dtg utk first time test kn..
yang aku nie,repeat ma...
maluuu nyer...
then,aku nampak S********* tu ade aritu..
aku berdoa..
janganla aku dipertemukan lagi dgnnya!
taknak!!taknak!!fobia!!trauma!!
aku tggu punye tggu giliran aku..
pastu S********* tu panggil no aku..
terus aku gelabah..
mati2 aku ingatkan aku ber'jodoh' lagi ngan dier..
tapi hati aku lega pabila dier suruh aku naik kete ngan jpj lain..
thank God!!
tuhan selamatkan aku!
nasib baik jalan depan driving skol tu under construction..
so,aku test kejap jela..
adela dalam 15 min je kot..
kereta pun tak banyak time tu..
syukur..
laluannye pun dalam kampung gitu!
so,tak byk movement la..
tup..tup aku dah sampai..
test pun selesai..
then,En Omar tu bagi markah 17/20..
apalagi,means LULUS!!

Monday, July 13, 2009

kak long oiii kak long..

i still remember that time when..
aku terpaksa balik bersama abang+gfnye (now kak long akula)..
aku meluat sangat2 time tu..
entah!!aku pun tak tahu mengapa?!!
apabila kak long nak mesra dengan aku,wat dun know jek..
aku jawab sepatah je,padahal dia tanya panjang..
aku lebih suka membisu dari bukak mulut..
berat betul mulut aku time tu..
itula first time aku jumpa 'kak long'!!

and now on..
dia betul2 jadi kak long aku..dalam family aku..
erm,cute jugakla orangnye..
sesuai dengan abang akula..
sejak mereka kahwin,aku rasa kak long peramah je..
baik je dengan aku..
walaupun pada mulanya,aku 'kekwat' betul!!
yang pasti mak+ayah aku tak sabar2 nk dapat 'budak' lagi..

License!!

oh no!!i'm failed..
aku mula ambil lesen pada April 2009,and pada May aku dah dapat L.
then,aku proceed utk P pulak..
1st time test JPJ adalah pada Kamis,9 July..
aku passed utk Section II ; parking n bukit
and utk Section I ; lebuhraya KANDAS!
OH MY GOD!!
sakitnye hati aku time tu..
bila flashback balik perkara tu..
apa taknya,belum sampai 5 min pun,aku dah dihantar pulang oleh 'jpj Shamsuddin' tula..
dimana silapnya??....
aku berhenti di luar kotak berhenti..
dats all..
so,after this aku akan lebih berhati2..
hopefully,aku takkan diuji oleh S******** itu lagi!!
bencinyer!!

Thursday, June 11, 2009

1 married + 2 wanna be marry

memandangkan adik beradik aku tak ramai..
apabila seorang lagi (abang) akan berkahwin..
memang obvious sekali merasai kehilangannya..
aku...?
mungkin lambat lagi untuk diperkatakan..
apa yang tinggal hanyalah serpihan kenangan bersama mereka..
walaupun tidaklah seakrab mana..
dan aku masih disini..

feel better now..

yes..i'm feel better now..thank you Allah!
and now,aku dapat concentrate dengan kerja aku.dan aku sekarang sibuk dengan kursus,seminar,mesyuarat dan taklimat dan etc lagi.aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.walaupun adakala agak menjengkelkan juga.tetapi aku terima seadanya.mungkin perubahan ini akan mengajarku erti kehidupan dan realiti bukan fantasi.hari ini amat bermakna buat aku.apa taknya.aku telah menemui kembali persahabatan yang telah lama hilang.ya!aku telah menemui 'best friend' aku.dialah satu-satunya kawan yang amat kusukai sejak sekolah menengah lagi.harapan aku 'dia' pun begitu juga.