Sunday, November 1, 2009

snow shite??

aku bagaikan snow white..sudah lama terbaring kaku,memejamkan mata bersama orang-orang kerdilku disekelilingku..tikanya itu datangnya seorang kesatria yang gagah..membawa bersamanya satria..lalu aku diciumnya..sehingga aku tersedar dari mimpi selama 5 tahun..lalu aku terus membuka mataku dan menyambut kedatangannya dengan menarik nafas lega..aku tersenyum..dengan kehadirannya,membuat aku lupa tentang kejadian pada 5 tahun lepas yang telah melandaku..aku bagaikan kelahiran baru..seolah aku tidak pernah hidup selama ini dan pada tika ini hanya dia sahajalah yang aku kenali..orang-orang kerdilku juga tampak gembira dengan kebangkitan aku ini..dengan muka bercahaya,dengan semangat yang kuat dan yakin..mereka amat berterima kasih kepada kesatria itu..aku menatap wajah dan kelibat kesatria itu dengan membawa harapan..

"yakinkanlah aku selama bersamanya.."

Tuesday, October 20, 2009

first love..

bukan senang untuk kita lupakan cinta pertama kita..
apatah lagi andainya cinta pertama kita itu telah lama bertapak di hati..
dan sudah pun sebati..
akan tetapi, cinta pertama itu harus disemai dan dijaga sepertimana ia dijumpainya pertama kali..
jangan sesekali mengabaikannya..
jangan sesekali melupakannya..
jangan sesekali merubahnya..
walau kita yakin..
walau kita mampu..
walau kita sudah berkorban..
namun pengakhirannya tiada siapa mengetahui..
kesetiaan itu penting..
kasih sayang itu jua perlu ada..
kejujuran itu amat diharapkan..
andai cinta pertama dilambung ombak..
andai cinta pertama tidak lagi cinta pertama..
andai cinta pertama sudah tidak bermakna..
andai cinta pertama sudah kehilangan kasihnya..
andai cinta pertama bukan milik kita..
perlukah diteruskan jua....?

amir = mira

aku akui sejak kehadiran A, aku rase seronok atau dalam erti kata yang lain aku happy!
but..
ada seperkara sejak kehadiran A, aku rase serba salah dan sedang membuat perkara yang salah dan sia-sia sebenarnya!
yes..
kehadiran A, membuka mata hati aku untuk keluar dari dunia khayalan dan berhadapan dengan dunia realiti yang amat menyakitkan!

adakah aku mula menyukainya
adakah aku mula berubah
adakah aku baru tersedar?

i love him!
i love my first love!

Friday, October 2, 2009

mana dia pergi..?

entahla sejak akhir bulan ramadhan sehinggalah ke hari ini dia makin berubah dia makin sibuk dengan dunianya sendiri dan aku keseorangan disini aku sememangnya tidak mengerti apa maksudnya itu apa kesalahanku sehingga dihukum sebegini rupa Ya Tuhan! berilah aku petunjuk-Mu Ya Tuhan! kuatkanlah semangatku untuk meneruskan kehidupan ini pabila aku cuba merapatinya dia seolah-olah ingin lari daripadaku tapi kenapa aku masih tidak mengerti aku masih tidak dapat meneka isi hati dan tindakannya itu pabila ditanya dia tetap menyalahkan aku dan mengatakan bahawasanya akulah punca kerenggangan ini akulah segalanya penyebab tercetusnya kedinginan dalam hubungan yang hampir 5 tahun ini aku berasa amat terkilan dan sedih sehingga aku tidak dapat memikirkannya lagi..

adakah dia punyai keseronokan yang lain?
adakah benar apa yang dikatakan olehnya?

Oh Tuhan! hatiku menjerit kesakitan...!!

siapa amir??

siapa amir?
kenapa dia tiba-tiba muncul dalam hidup aku?
adakah suatu persinggahan semata?
atau untuk selamanya?
tapi sebagai siapa?

Thursday, September 24, 2009

hari raya muncul lagi!

aku takde mood nak tulis arini.tapi teruskanlah..

1st raye
balik kampung paginye
pegi kubur
pegi umah wan lijah n paklang tan

2nd raye
pegi triang n johol,n9

3rd raye
pegi penak

4th raye (memg best!..sampai nk kena marah ngan ayah aku)
pegi umah kwn amir (lanchang)
pegi umah zura
pegi umah zaidi
pegi umah haslin
pegi umah kwn zura
pegi umah lily
pegi umah haina (kg bintang)
pegi umah amir
pegi umah mira man (jengka 20)

5th raye
aku keje

6th raye
aku keje..today la

accident?!?!

yes.aku accident pada 15 Sept 2009.entah macam mane aku boleh terlanggar kete tu.aku pun tak tahu salah siapa sebenarnya.
begini..
pada pagi yang tenang dan gembira,aku bertolak ke ofis macam biase pukul 715am.aku masih ingat,aku memakai baju kurung akak ku berwarna biru,kain benang itam without her permission la.selepas traffic light di kawasan perindustrian,aku drive seperti biase,tidak laju+tidak slow.didepanku sebuah bus skolah.aku melihatnya dan ia ingin masuk ke simpang.lalu,niat aku adalah untuk tidak menunggu nya di belakang bus lalu ingin ke kiri.aku sudah pastikan tiada kete di kiri,lalu masuk.tiba2..crettttttt...ade kete melepasi aku.lalu,aku pun terhoyong-hayang.hampir terbabas.nasib baik aku masih dapat mengawal steering walaupun dalam keadaan yang konfius.muncul di benak aku,salah aku kah?lalu,orang tu pun memberhentikan kete di tepi jalan.aku pun turut serta.tidak mahu dicop langgar lari.aku dalam keadaan tercengang ketika itu lalu bertanya samada kete aku teruk atau tidak.kemudian,barula aku turun dan melihat ketenye pulak.kemek.calar.pintu belakang nye.kete aku?calar+kemek+clip patah.disingkatkan ceritanya rm200 aku pun melayang..
malas dah aku ingat lagi pasal eksiden ni.
yang penting,aku akan lebih berhati2 kelak.