Tuesday, September 28, 2010

Alhamdulillah!!

Tanggal 25 Sept 2010..majlis pertunanganku telah berlangsung dengan baik sekali..
Ramai yang memujiku amat 'cantik' dan 'comel' pada hari tersebut..
Kawan sepejabatku ada yang datang untuk memeriahkan majlis..walaupun agak lewat..
Cuaca pun tahu akan kewajipannya untuk menjaga mood majlis..
Apa2pun,majlis tetap meriah dan berjalan dengan lancar..

Sebaik sahaja,jari manisku disarungkan cincin,hatiku berbisik,jantungku berdetak,bahuku merasakan sesuatu yang seolah-olah baru sahaja jatuh kebumi untukku pikul pada tika itu..
Adakah itu tanggungjawab yang aku rasakan?
Adakah itu cabaran mahupun dugaan yang aku bakal tempuhi?
Adakah itu merupakan satu langkah untuk aku meneruskan perjuangan hidup?

Perasaan itu mampu dan terus mematikan mood aku tika itu..
Daripada gementar bertukar kepada gembira kemudian risau..resah..ohh Tidak!!
Aku benci perasaan itu..namun aku dapat mengawalnya dengan baik sekali..
Aku tetap menguntumkan senyuman manisku pada setiap hadirin yang datang dan ketika bergambar..

No comments:

Post a Comment