Monday, July 29, 2013

'Kasihilah aku sebaiknya'..

entah serangan ke berapa kalinya pun aku tak pasti...aku tak nak tahu mahupun ingat dan kira..punyela banyak serangan yang telah ku hadapi selama ini..sedih!..sadis betul hidup aku kan!..so semalam aku kena lagi..elok2 je balik dari berbuka rumah baru wan,kena berdas-das bertubi-tubi serangannya terhadapku..sungguh kejam dan tidak adil..ikutkan hati hendak saja aku tamatkan segalanya disini..tapi apakan dayaku..aku hanyalah seorang wanita kerdil bergelar isteri dan ibu yang cuba memberikan segala yang terbaik buat family ku..paling mengguris hatiku pabila beliau mengatakan bahawa aku tiada perasaan sekiranya beliau menemui peganti diriku yang mana mungkin hebat ataupun mungkin teruk dariku yang sedia ada ini..kerana tanggapan beliau ialah aku perlukan seorang lelaki yakni suami yang sah hanyalah untuk menemaniku, membantuku bukan untuk di ranjang..Astaghfirullahalazim!!..kemana otak beliau pergi ketika mengungkapkan perkara sedemikian kepadaku..katanya lagi..cinta aku pada beliau hanyalah hasil kemenangan hasutan syaitan semata-mata, bukan ikhlas dariku..Ya Allah!!..terduduk aku seketika..beliau sangat tidak berpuas hati akan keadaan sebelum dan selepas bernikah..ada saja rungutan terhadapku..segala yang salah silap, buruk lagi hodoh, keji dan jelik hanyalah ditujukan buatku..tiada yang indah walhal wujudnya perkara tersebut akan tetapi beliau tetap menafikannya dan tidak mengendahkannya..bagi beliau hanya 1 yang terpenting buatnya iaitu 'seks'..ya!seks..biarlah rumah seperti reban ayam yakni busuk, najis bersepah, penuh dengan cengkenit dan tungau dan mungkin segala penyakit pun takpe, janji seks dilunaskan..biarlah kebuluran kelaparan seperti ayam yang hanya kais pagi makan pagi sahaja..tak perlu kais pada petangnya atau malamnya..cukuplah yang pagi itu sahaja..beliau sangat pandai mengguris hatiku dan membuatkan lukaku semakin dalam..mungkin juga sampai bernanah nanti..aku tak pernah meminta-minta sepetimana isteri orang lain..yang meminta duit, baju baru, kasut baru, tudung baru, beg baru..tidak bagiku..aku hanya meminta 'kasihilah aku sebaiknya'..itu saja..mudah..fahamilah hatiku,jiwaku..kerna hatiku mudah terusik jiwanya..walaupun selama ini ku cuba pura-pura kuatkan semangat dan bertabah..ku cuba menjadi seorang yang ceria, gembira di hadapan mereka bagi menutupi segala perasaan yang penuh didadaku ini..kadangkala tidak tertahan rasanya untuk meluahkan kesemuanya..

Ya Allah..Kau yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segala isi alam , segala apa yang tersirat dan tersurat.. segala tentang masa depanku..

Ya Allah..sesungguhnya aku hamba-Mu yang kerdil lagi naif yang tidak mengerti dan mengetahui apa-apa segala perancangan-Mu kepadaku..

Ya Allah.....sesungguhnya aku berada di dalam kesusahan..

Ya Allah....
Bukakanlah hati suamiku..
Lapangkanlah dada suamiku untuk menerimaku seadanya..baik buruk ku..
Bukakanlah mata suamiku untuk melihat kewujudanku dalam hidupnya..
Elakkanlah suamiku untuk berkata keji terhadapku..

Ya Allah..
Panjangkanlah jodohku dengan suamiku..
Berikanlah kebahagiaan dalam rumahtanggaku..
Berikanlah keberkatan dalam hidup kami..

Ya Allah..berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan-Mu..ku berserah kepada-Mu..

Amiin Ya Rabbal alamin..

No comments:

Post a Comment