Sunday, July 31, 2011

bernyawa,hidup,bahagia

kengkadang aku berfikir... kenapa semuanya ingin menghentamku... sudahla tiada berharta.. hanya suami disisi.. adik lelaki mu itu bukan pinjaman yg dibuat oleh ku tapi.. dia hak aku.. milik aku... dan jua sebaliknya.. kiranya ada salah dan silap mengapa mesti menghentamku.. bohong kiranya aku mengatakan bahawa tiada perasaan yg terpendam sekalipun terpalit dalam hatiku... aku amat berkecil hati.. aku rasakan ini tidak adil.. mana bahagian aku?

tuhan mengurniakan aku seorang suami yang mempunyai adik beradik yang mempunyai latar belakang yang berbeza.. begitu jua aku... tiada insan didunia ini sama dan sempurna dari setiap segi dan sudutnya.. mesti ada yang berbeza..

aku hilang arah ketika menjalani kehidupan disini.. aku hanya mengikut arah yang aku kenal iaitu.. arah suami ku.. aku bernyawa ketika beliau ada.. aku hidup ketika beliau ada.. aku bahagia ketika beliau ada.. walaupun ada ketika, beliau juga turut serta dalam menghukum ku.. namun, aku redha.. mungkin inilah takdir ku disini... siapalah aku utk menilai semua ini.. tidak ku ketahui akan perkara yg bakal terjadi disini... tidak pernah!

orang diluar sana asyik berkata, lepas bernikah hilanglah segala masalah..tapi..aku...sering dihimpit masalah yang pelbagai.. bak kata abang 'kita tak wat hal tapi org lain yg wat hal ngan kita'.... kenapa perlu menggangu ketenteraman kami??..pernahkah kami berbuat begitu pada kamu?tidak sekali2 dan sememangnya itu bukan lah sifatku...iaitu.. menegur, memerhati dan menjaga tepi kain baju spenda orang dan sebagainya...


she's not my mom
she's not my sister
this is not my house
i cannot do anything here
i dont feel free here
i dont feel home here


walaupun.. ayat ini selalu bermain di benakku..

namun.. aku cuba utk menepis segala khayalan itu..

tapi korang ???????

1st Aug..

hari ini bersamaan 1 Aug yang mana jatuh 1 Ramadhan juga..so memasing startla berpuasa..x kurang juga yang pasang angan2 nak kuruskan badan ckit time ni..akula tuuu hehe..

actually nk bercerita perihal lain tapi..okeyla..begini kisahnya..kisah kau dan aku..eh, bukan!..kisah aku jer ni..

kakak abang balik sabtu lepas... then, macam biasalah aku treat dorang... x lebih dan x kurang.. tapi dah nama kakak abang means tht dia bukanlah kakak aku...ada sedikit jurang disitu ya..

semalam, kejadian serupa sebelum ni telah berlaku sekali lagi.. kali ni, dia memanggilku masuk ke biliknya.. aku seakan tahu apa yang bakal diucapkan.. x lain dan x bukan lagi pasal aku.. ya .. pasal diriku.. orang duk mengomel pasal aku! aku ditegur, dinasihati, diperhati.... oh, aku memang x berasa 'feel free' duk kt sini.. selagi aku stay kat sini memacamlah perkara + isu yang akan timbul di kemudian hari.. oh tidak.. sekarang pun dah berlaku... they always 'keep on eye' of me... blame me.. and put me in this problem.. like i'm a 'hell' + 'disaster' to them, to their family... who r u to get into mine? who r u to ruin all of this? kadang2 aku bahagia disini..kadang2 aku x bahagia langsung .. rasa macam baik aku menyewa hotel senang!..

"kahwin bukan utk rasa seronok je"... ayat apakah itu?

aku jawab "bukan seronok sgt pun".. "aku je yg tahu sendiri".. "betapa 'seronoknya' disini"..

oh x bole Bla.. nasib baik aku bukan si pelenting... aku malas ah nk cakap hal baik buruk org, apatah lagi tentang mak orang... kakak aku sendiri tak pernah tegur aku macamtu.. kakak ipar sekalipun.. never!sebab tu bila dia tanya nak cakap ape2 x?aku jawab "erm, takde pun".. bukannya ape , aku tak nak keruhkan keadaan... aku sedar aku orang luar banyak membuat onar disini.. dan korang.. korang tak suka akan kehadiran aku selama ni kan!! cakap jela!! aku terima.. sebabnya aku disini diterima oleh abang korang!! bukan aku!! bukan akula!!!!

aku dianggap 'isteri bermasalah' sebaiknya tiba di rumah tersebut... Teruk sangat kah aku??
segalanya diperhatikan.. diintip.. dikaji.. dicari kesalahan.. lalu korang dengan senang hati membuat kesimpulan dan inferens sendiri.. pernah kah kamu semua berada di pihak aku? never!! sebab korang fikir aku semacam dengan korang semua kan! akui lah bawasanya aku dari family luar.. lain dari family korang.. terpulang pada kamu utk menilai diri aku..

pemalas? -sebab didakwa x memasak-
kedekut? -sebab didakwa x pelawa makan makanan aku-
sombong? - sebab didakwa tidak bercakap dan join korg-

tanyalah tentang diriku wahai kamu sekalian alam....

tanyalah kepada Abangmu..

tanyalah kepada adik beradikku..

tanyalah kepada kakak ipar dan abang iparku..

bagaimana diri ku dihadapan mereka?? jangan salahkan aku saja pabila perkara ini terjadi...

sungguh muak ku rasakan....

SudaH!!!

dibenakku hanya terfikir 'rumah oh rumah'.... abang pun begitu jua... muak!

Friday, July 29, 2011

^rumah itu^

rumah itu.. Ya.

semuanya berlaku dalam sekelip mata..

membuat panggilan telefon kemudian..

"carilah rumah lain, pulangkan kunci" kata papa dengan tegas.

dah!

kenala carik rumah lain pulak..

harap2 segerala dijumpai ~

Sunday, July 24, 2011

2011, 25 july

oh.. tarikh keramat ini.. takdela keramat ngat.. ehehehe.. saje buat gempak jer!

Pepagi tayar kete pancit... entah bile agaknya terjadi.. rasenye time kuar umah nk pegi keje td.. dh rase lain mcam dh tp terus je jalan p keje.. luckily ada papa nk tgk umah skali pagi ni.. boleh la tolong tukarkan tayar spare tuu... huhuuu

then, pegi tgk umah sewa di jalan bahgia 23... erm, not badla dalamnya... wht did u expect? umah sewa kan...

Then, tepon si Dia.. chewah.. mcm time becinta dulu kala.. bincg2 cakap2 then tercetus revolusi... gaduhla itula inila.. sumernya disebabkan oleh kekangan 'itu' lah..

Lastly, si Dia tepon kata petang ni nak p survey barang rumah... barang elektrik etc...

Alhamdulillah~

**********************************************************************************

Dah jumpa rumah .. itupun hasil pertolongan papa... tanya org tu, tanya org ni..

So, dapatla rm280 per month... lokasinya pun agak strategik gak... tgh bandar.. okeyla tu

Agree or Disagree

We will see ....

Thursday, July 21, 2011

-apa lagi-

suami : selalu ada disisi
rumah : tiada
wang : biasa2 saja
anak : tiada
perasaan : kurang memuaskan hati
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
suami : selalu ada disisi
rumah : ada
wang : makin sengkek ( i thot la )
anak : tiada
perasaan : puas atila ckit ...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
sukarnya menjalani penghidupan ini ...... adakah ianya satu pilihan yg abadi? atau boleh lari dari semua ini??

kekangan

aku tahu dan aku amatlah sedar bahawasanya terdapat banyak kekangan sekiranya perkara itu terjadi... rumah dan anak... ya. semestinya kekangan dari sumber kewangan kami.. kerana ianya hanya cukup2 sahaja... utk mempunyai perisa tambahan, kami x pasti apa yg akan berlaku kelak... harap2 takdela teruk sangat kehidupan yang Tuhan berikan kepada kami berdua.. sesungguhnya ia sedikit sebanyak mencabar naluri kami.. itu yg dapat kami rasakan sekarang.. ku melihat temanku yang kejauhan... tapi tidak pula lokek dengan kekangan ini.. ya.. mugkin ada timbal-baliknya dalam proses kehidupan manusia ini.. hanya Tuhan saja yang tahu apa yang dikehendaki olehNya.. akan tetapi, mahu yang mana? bermain dengan perasaan atau bermain dengan kekangan ? itu sukar menemui jawapannya.... aku berserah kepadaMu~

"mana satu"

Arghhhhh!!

pagi2 lagi aku nk buat confession ckitlaa..

sebab peristiwa semalam la..

" kalau ada, adala... kalau takde, stay cni jela "

opsss....

apekah ?

mula2 excited pastu .... rase down giler smlm....

kemudian, cakap pasal pegnant pulak...

" dahla tu, biar jela kalau nk menjadi "

eh, mane satu ni ?

nak rumah ke anak ?

aku confuse.. betul2 confuse ... sudahnya....

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Ya Tuhanku, berikanlah yang terbaik buat kami.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala isi alam ini... Aku redha dengan pilihan-Mu Ya Allah..... Sesungguhnya aku terima apa yang Kau berikan padaku.... Aku hanyalah hamba-Mu.. Kerna itulah aku memohon perlindungan dan petunjuk-Mu .......