Thursday, August 5, 2010

sayang..
tak pernah terlintas dihatiku ini mengenaimu..
akan mengenalmu..
akan berkasih denganmu..
akan bersama denganmu suatu hari kelak..
tak pernah sayang.

sayang..
aku ingin kau tahu..
bahawa hati kecilku ini meronta-ronta..
bahawa dingin malam ini menyapaku..
bahawa cinta ini membawaku..
bahawa perasaan ini menjadi semakin kuat..
bahawa hidup ini amat singkat..
bahawa perjalanan penuh duri..
ketahuilah sayang.

sayang..
bahagia,gembira,sedih dan takut..
adalah satu kata kunci untuk kita..
namun..
kita mampu menepisnya..
satu persatu...
akuilah sayang.

sayang..
jauh disudut hatiku berkata..
segala apa yang termampu..
segala apa yang aku harapkan..
segala apa yang kau mahu..
ingin kuberikan semuanya..
padamu sayang.

sayang..
kutahu..
bukan mudah untuk memiliki dan dimiliki..
namun..
apabila kedua-duanya bersatu..
kita mampu mengecap bahagia..
dalam dunia yang baru..
bersamamu sayang.

No comments:

Post a Comment