Tuesday, December 29, 2009

money makes life suck

even aku dibelengu dengan hutang yang keliling pinggang saiz 28 ni,aku malas nak berfikir panjang,apa nak jadi,jadilah!duit n manusia memang tak dapat dipisahkan!aku faham tuu!

Monday, December 21, 2009

money..money

oh tuhan kenapa hidup manusia tidak lepas dibelengu dengan duit..dan permasalahan duit?dan aku salah seorang daripadanya..aku akui hidup ini bukanlah mudah seperti yang dikata..ya dan semua orang harapkan duit bukan segala galanya..akan tetapi itulah realiti..manusia dan duit memang tidak dapat dipisahkan..walaupun kita sudah cuba untuk berjimat..namun makin hari makin duit itu hilang dan kekurangan..aneh!memang aneh!aku amat sengkek..adakah..

disebabkan kereta..?
disebabkan boros..?
disebabkan duk bersama famili..?
disebabkan berjoli..?
disebabkan banyak beban..?
atau
disebabkan aku sendiri..?

arghhh..aku tension sekarang!!reallyy tension!!

Monday, December 7, 2009

kete oh kete..

07 dec 2009~kete aku dah siap.macam macam perkara belaku.amir takde pegi raub pulak.so,dier anta orang lain untuk tolong settlekan kes aku ni.nan,angah n belangka yang teman aku pegi amik kete kat Bengkel Ah Heng tu.mulanya amir suruh aku dapatkan alamat n no phone orang belakang tu tapi aku tak dapat pun.cina tu tak nak bagi co-operation ngan aku.lastly aku balik terus je bersama hati yang muram.tak hepi pun walaupun dah semula kete aku huhuu..

Monday, November 30, 2009

aku accident lagi!!aduhh!!

29 nov 2009,6.10pm-napela ngan aku ni..asyik accident jer..padahal bawak kete tak sampai setahun pun tapi macam2 telah berlaku dengan sekelip mata..trauma n fobia aku dibuatnye!!i hate this!!so much!!
entah macam mane entah,aku baru je lepas tinted kete kaler silver.then petang tu aku nak balik ke rumah then dummmmm!!!abis bumper aku n bonet depan.pakcik kete depan tu pulak pandang aku semacam je macam nak telan aku hidup2 time tu.no pakcik!this is not my fault!kete belakang yang wat dajal not me lah!tak tahu nk describe perasaan aku time tu.mulanya aku terkejut giler of cosla kan..then,marah pun ade..yela,kete aku,kete baru pulak tu..pastu,sedey sikitla..then tak tahu nak buat apalagi..aku duduk je dalam kete tunggu sampai amir n konco-konconya datang ke site.napela benda ni berlaku pada aku..?aduyaiii..erm,tak pasal2 aku kena dahulukan 400 sebab aku P lagi as a penalty la..baru ingat nak bayar utang papa this bulan..huhuuu..sedey giler!

Wednesday, November 25, 2009

OUR JOURNEY

we are together!!

17/10,Sat-pergi kenduri kawin adik kak yan
24-25/10,Sat Sun-pergi kuantan beli buku n tido umah zura
31/10,Sat-pergi majlis cukur jambul arissa
-pergi genting hwuahwua..
7/11,Sat-pergi kuantan beli barang kete
15/11,Sun-main paddle pop
22/11,Sun-pergi kenduri kawin kak ina at Keratong,Rompin
29/11,Sun-nak picnic tp tak jadi,terus ke kuantan
30/11,Mon-naik genting,release tension wuaaaa..
5/12,Sat-
12/12,Sat-
19/12,Sat-nak main air kt Gambang tp terus ke kuantan
26/12,Sat-pegi bentong n alamanda,best!
27/12,Sun-naik bot at Sg Pahang

love letter

Ini Semua Suratannya Dan Bukan Lagi Kebetulan :)

23/09/2009-Hari Raya Ke-4
Detik Pertemuan Kita..Sikap Ku Yang Menyampah Mencuit Hatimu tanpa kau sedari..Aku adalah insan yang paling Bersyukur kerana dipertemukan denganmu..

23/10/2009
Dan detik ini adalah detik yang paling bermakna dalam hidupku..kerana ia membuktikan betapa keikhlasan dan kukuhnya Cintaku padamu..Sehingga kita disatukan sebagai pasangan kekasih..

Abang menyayangi dan menyintai Sayang dengan Sepenuh Hati..

Abang cayang..

Wednesday, November 11, 2009


aku semakin bahagia bersamanya..

wajahnya membuatku tersenyum sentiasa..

humornya membuatku tertawa besar..

segala tindakannya amat kukagumi..

dan

aku selalu merinduinya!!

Wednesday, November 4, 2009

betulkah??

hati aku tersentak seketika,pabila zura meminta aku untuk jangan meletakkan harapan pada 'nya'.zura bimbang aku disakiti buat kedua kalinya.aku terpana sebentar.aku berfikir sejenak.akan tetapi,aku tetap yakin dengan hubungan ini..

Ya Allah,yakinkanlah aku,akhirilah hubungan ini dengan baik sekali..

aku..

alhamdulillah!!
aku bahagia saat bersamanya!!

Sunday, November 1, 2009

amir bin jamalukhair

sudah banyak kali aku berfikir tentang nya..
sudah lama aku menginginkan nya..
walau baru sahaja mengenali nya..
aku telah membuat keputusan..
untuk meneruskan percintaan bersama nya..
untuk meneruskan penghidupan bersama nya..
untuk mendapatkan kebahagiaan menerusi nya..

snow shite??

aku bagaikan snow white..sudah lama terbaring kaku,memejamkan mata bersama orang-orang kerdilku disekelilingku..tikanya itu datangnya seorang kesatria yang gagah..membawa bersamanya satria..lalu aku diciumnya..sehingga aku tersedar dari mimpi selama 5 tahun..lalu aku terus membuka mataku dan menyambut kedatangannya dengan menarik nafas lega..aku tersenyum..dengan kehadirannya,membuat aku lupa tentang kejadian pada 5 tahun lepas yang telah melandaku..aku bagaikan kelahiran baru..seolah aku tidak pernah hidup selama ini dan pada tika ini hanya dia sahajalah yang aku kenali..orang-orang kerdilku juga tampak gembira dengan kebangkitan aku ini..dengan muka bercahaya,dengan semangat yang kuat dan yakin..mereka amat berterima kasih kepada kesatria itu..aku menatap wajah dan kelibat kesatria itu dengan membawa harapan..

"yakinkanlah aku selama bersamanya.."

Tuesday, October 20, 2009

first love..

bukan senang untuk kita lupakan cinta pertama kita..
apatah lagi andainya cinta pertama kita itu telah lama bertapak di hati..
dan sudah pun sebati..
akan tetapi, cinta pertama itu harus disemai dan dijaga sepertimana ia dijumpainya pertama kali..
jangan sesekali mengabaikannya..
jangan sesekali melupakannya..
jangan sesekali merubahnya..
walau kita yakin..
walau kita mampu..
walau kita sudah berkorban..
namun pengakhirannya tiada siapa mengetahui..
kesetiaan itu penting..
kasih sayang itu jua perlu ada..
kejujuran itu amat diharapkan..
andai cinta pertama dilambung ombak..
andai cinta pertama tidak lagi cinta pertama..
andai cinta pertama sudah tidak bermakna..
andai cinta pertama sudah kehilangan kasihnya..
andai cinta pertama bukan milik kita..
perlukah diteruskan jua....?

amir = mira

aku akui sejak kehadiran A, aku rase seronok atau dalam erti kata yang lain aku happy!
but..
ada seperkara sejak kehadiran A, aku rase serba salah dan sedang membuat perkara yang salah dan sia-sia sebenarnya!
yes..
kehadiran A, membuka mata hati aku untuk keluar dari dunia khayalan dan berhadapan dengan dunia realiti yang amat menyakitkan!

adakah aku mula menyukainya
adakah aku mula berubah
adakah aku baru tersedar?

i love him!
i love my first love!

Friday, October 2, 2009

mana dia pergi..?

entahla sejak akhir bulan ramadhan sehinggalah ke hari ini dia makin berubah dia makin sibuk dengan dunianya sendiri dan aku keseorangan disini aku sememangnya tidak mengerti apa maksudnya itu apa kesalahanku sehingga dihukum sebegini rupa Ya Tuhan! berilah aku petunjuk-Mu Ya Tuhan! kuatkanlah semangatku untuk meneruskan kehidupan ini pabila aku cuba merapatinya dia seolah-olah ingin lari daripadaku tapi kenapa aku masih tidak mengerti aku masih tidak dapat meneka isi hati dan tindakannya itu pabila ditanya dia tetap menyalahkan aku dan mengatakan bahawasanya akulah punca kerenggangan ini akulah segalanya penyebab tercetusnya kedinginan dalam hubungan yang hampir 5 tahun ini aku berasa amat terkilan dan sedih sehingga aku tidak dapat memikirkannya lagi..

adakah dia punyai keseronokan yang lain?
adakah benar apa yang dikatakan olehnya?

Oh Tuhan! hatiku menjerit kesakitan...!!

siapa amir??

siapa amir?
kenapa dia tiba-tiba muncul dalam hidup aku?
adakah suatu persinggahan semata?
atau untuk selamanya?
tapi sebagai siapa?

Thursday, September 24, 2009

hari raya muncul lagi!

aku takde mood nak tulis arini.tapi teruskanlah..

1st raye
balik kampung paginye
pegi kubur
pegi umah wan lijah n paklang tan

2nd raye
pegi triang n johol,n9

3rd raye
pegi penak

4th raye (memg best!..sampai nk kena marah ngan ayah aku)
pegi umah kwn amir (lanchang)
pegi umah zura
pegi umah zaidi
pegi umah haslin
pegi umah kwn zura
pegi umah lily
pegi umah haina (kg bintang)
pegi umah amir
pegi umah mira man (jengka 20)

5th raye
aku keje

6th raye
aku keje..today la

accident?!?!

yes.aku accident pada 15 Sept 2009.entah macam mane aku boleh terlanggar kete tu.aku pun tak tahu salah siapa sebenarnya.
begini..
pada pagi yang tenang dan gembira,aku bertolak ke ofis macam biase pukul 715am.aku masih ingat,aku memakai baju kurung akak ku berwarna biru,kain benang itam without her permission la.selepas traffic light di kawasan perindustrian,aku drive seperti biase,tidak laju+tidak slow.didepanku sebuah bus skolah.aku melihatnya dan ia ingin masuk ke simpang.lalu,niat aku adalah untuk tidak menunggu nya di belakang bus lalu ingin ke kiri.aku sudah pastikan tiada kete di kiri,lalu masuk.tiba2..crettttttt...ade kete melepasi aku.lalu,aku pun terhoyong-hayang.hampir terbabas.nasib baik aku masih dapat mengawal steering walaupun dalam keadaan yang konfius.muncul di benak aku,salah aku kah?lalu,orang tu pun memberhentikan kete di tepi jalan.aku pun turut serta.tidak mahu dicop langgar lari.aku dalam keadaan tercengang ketika itu lalu bertanya samada kete aku teruk atau tidak.kemudian,barula aku turun dan melihat ketenye pulak.kemek.calar.pintu belakang nye.kete aku?calar+kemek+clip patah.disingkatkan ceritanya rm200 aku pun melayang..
malas dah aku ingat lagi pasal eksiden ni.
yang penting,aku akan lebih berhati2 kelak.

Wednesday, August 26, 2009

new car+new month

New Car..yay!!kete aku dah sampai!mulanya ayah yang bawa kemudian aku test drive kat highway pulak.from temerloh to lanchang highway.nervous jugak time tu.then,tiap ari aku drive pergi keje tapi kete tak tinggal kat ofisla.ayah aku bawa balik umah.makin lama,makin seronok jugak bawa kete ni.yela kan,kete sendiri.insya-Allah minggu depan aku dilepaskan untuk drive pergi n balik keje seorang diri.aku pun makin hari makin confident nak drive keseorangan.
New Month..tup..tup..Ramadhan dah memunculkan dirinya.sekejap saja.tapi dalam suasana yang agak hambar (i guess,i think la).nape?walaupun aku dapat bersahur tiap ari dan berbuka dengan lauk yang sedap-sedap belaka.mungkin dalam keadaan sekarang tiada lagi istilah 'balik kampung dan berbuka bersama keluarga' lagi.kerana..aku disini.ya.tetap disini.tidak kemana-mana.

Friday, August 21, 2009

selamat hari lahir 23..

to me,myself and i..
happy birthday..
i hope our relationship will remain and stick together forever.
i hope my life will full of happiness.
i hope i can be a good leader@boss.

aduh kena perli-hate that!

pada Jumaat yang tenang dan mulia,sesuatu telah berlaku.sedang asyik berbual bicara sambil menyiapkan tugasan,hati jantung aku tersentak.kedengaran suara yang amat asing sekali walhal selalu ketemu.

'apela budak nih!tengok ape dier pakai!orang ari jumaat pakai baju kurung...'

memang aku tak nafikan aku memakai 'bukan baju kurung'.akan tetapi aku masih berpakaian sopan.ya.aku mengenakan skirt labuh bersama kemeja labuh.tersentak hatiku seketika.perasaanku melayang-layang.apa tidaknya,semua orang disitu memandangku dengan sinis dan seolah-olah aku berada di dalam kandang pesalah dan mereka semua adalah hakim yang memakai rambut palsu berbulu putih kambing itu.dengan langkah perlahan,aku meninggalkan tempat itu dengan hati sayu..

seminggu kemudian,di petang jumaat juga setelah peristiwa itu berlaku.pada mulanya hatiku amat baik apabila menegur 'officemate' aku yang bajunya tersangkut di seluarnya.dan menampakkan susuk 'punggung' nya.lalu dia membalas katanya 'saya tak apa,saya tak ada punggung'.kemudian,tak semena-mena dia mengaitkan 'punggung' aku.ya.aku akui bahagian badanku itu memang besar.terus dia bercerita mengenai salah laku aku mengenakan pakaian.aku dikatakan berpakaian ketat,sendat,seksi,dan sebagainya.semua serba tak kena padanya.apa lagi,aku diam membisu.badanku membatu disitu.aku jadi serba salah.perasaan minggu lalu datang menjengah hatiku lagi.sayu..

salahkah aku?
aku rasakan diri ini amat hina di mata mereka!
aku rasakan diri ini menjadi tontonan mata mereka!
aku sedih diperkatakan sebegitu!
kenapa aku?

Sunday, August 2, 2009

Myvi Ezi-Medallion Grey

masa berlalu begitu pantas.dalam diam-diam aku akan memiliki sebuah kereta.ya!kereta myvi.memang sudah lama aku mengimpikan sebuah kereta kepunyaan aku sendiri dan dipandu olehku sendiri.masanya akan tiba.kemungkinan besar before puasa,22 ogos kereta sampai.wah!tak sabar rasanya.aku amat perlukan kereta untuk bergerak,yang penting sekali untuk aku pergi dan pulang kerja.dahulu semasa aku bekerja di kl,aku memang tak kisah walaupun takde transport tapi sekarang dah lain.sejak aku kerja disini,aku amat memerlukan sebuah kenderaan.selepas ini,apa pulak ya.impian aku seterusnya ialah...ssshhhh..rahsia..kelak akan ku ceritakan..

Tuesday, July 21, 2009

License P

Alhamdulillah!!
untuk ulangan yang pertama kalinya,aku dah lulus!
memang aku nervous giler..
tangan aku pun dah sejuk,tak mcm first time aritu..
cool je but failed!!
first time aku dapat no:44
second time aku dapat no:66
macam cantik je kan no giliran tu..
mula2,aku malu giler la dgn budak lain..
apa taknya,dorg sumer dtg utk first time test kn..
yang aku nie,repeat ma...
maluuu nyer...
then,aku nampak S********* tu ade aritu..
aku berdoa..
janganla aku dipertemukan lagi dgnnya!
taknak!!taknak!!fobia!!trauma!!
aku tggu punye tggu giliran aku..
pastu S********* tu panggil no aku..
terus aku gelabah..
mati2 aku ingatkan aku ber'jodoh' lagi ngan dier..
tapi hati aku lega pabila dier suruh aku naik kete ngan jpj lain..
thank God!!
tuhan selamatkan aku!
nasib baik jalan depan driving skol tu under construction..
so,aku test kejap jela..
adela dalam 15 min je kot..
kereta pun tak banyak time tu..
syukur..
laluannye pun dalam kampung gitu!
so,tak byk movement la..
tup..tup aku dah sampai..
test pun selesai..
then,En Omar tu bagi markah 17/20..
apalagi,means LULUS!!

Monday, July 13, 2009

kak long oiii kak long..

i still remember that time when..
aku terpaksa balik bersama abang+gfnye (now kak long akula)..
aku meluat sangat2 time tu..
entah!!aku pun tak tahu mengapa?!!
apabila kak long nak mesra dengan aku,wat dun know jek..
aku jawab sepatah je,padahal dia tanya panjang..
aku lebih suka membisu dari bukak mulut..
berat betul mulut aku time tu..
itula first time aku jumpa 'kak long'!!

and now on..
dia betul2 jadi kak long aku..dalam family aku..
erm,cute jugakla orangnye..
sesuai dengan abang akula..
sejak mereka kahwin,aku rasa kak long peramah je..
baik je dengan aku..
walaupun pada mulanya,aku 'kekwat' betul!!
yang pasti mak+ayah aku tak sabar2 nk dapat 'budak' lagi..

License!!

oh no!!i'm failed..
aku mula ambil lesen pada April 2009,and pada May aku dah dapat L.
then,aku proceed utk P pulak..
1st time test JPJ adalah pada Kamis,9 July..
aku passed utk Section II ; parking n bukit
and utk Section I ; lebuhraya KANDAS!
OH MY GOD!!
sakitnye hati aku time tu..
bila flashback balik perkara tu..
apa taknya,belum sampai 5 min pun,aku dah dihantar pulang oleh 'jpj Shamsuddin' tula..
dimana silapnya??....
aku berhenti di luar kotak berhenti..
dats all..
so,after this aku akan lebih berhati2..
hopefully,aku takkan diuji oleh S******** itu lagi!!
bencinyer!!

Thursday, June 11, 2009

1 married + 2 wanna be marry

memandangkan adik beradik aku tak ramai..
apabila seorang lagi (abang) akan berkahwin..
memang obvious sekali merasai kehilangannya..
aku...?
mungkin lambat lagi untuk diperkatakan..
apa yang tinggal hanyalah serpihan kenangan bersama mereka..
walaupun tidaklah seakrab mana..
dan aku masih disini..

feel better now..

yes..i'm feel better now..thank you Allah!
and now,aku dapat concentrate dengan kerja aku.dan aku sekarang sibuk dengan kursus,seminar,mesyuarat dan taklimat dan etc lagi.aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.walaupun adakala agak menjengkelkan juga.tetapi aku terima seadanya.mungkin perubahan ini akan mengajarku erti kehidupan dan realiti bukan fantasi.hari ini amat bermakna buat aku.apa taknya.aku telah menemui kembali persahabatan yang telah lama hilang.ya!aku telah menemui 'best friend' aku.dialah satu-satunya kawan yang amat kusukai sejak sekolah menengah lagi.harapan aku 'dia' pun begitu juga.

Wednesday, May 6, 2009

long-distance relationship

aduhh!!
sukarnya untuk aku membawa hubungan ini..
hubungan terbina sejak 4 tahun..
seorang di bandar,seorang lagi di pantai timur..
agak2nya apakah kesudahan episod ini..
aku selalu terpaksa berjauhan dengannya!

Tuesday, May 5, 2009

mix feelings!!

peningnya kepala aku..
adakah
disebabkan banyak kerja..
disebabkan persekitaran..
aku pun tak mengerti..
aku cuba berusaha!

Sunday, May 3, 2009

bermulanya hari ini..
suatu penghidupan..
aku dan jua kehidupan..
dan aku hanyalah insan biasa..